Bugatti kongsi penghantaran pertama daripada 10 unit Centodieci, siapakah gerangan pemilik?

1587

Semalam, Bugatti berkongsi penghantaran pertama daripada 10 unit Centodieci. Hypercar itu merupakan penghormatan kepada EB110 legenda tahun 90-an. 

Hypercar edisi khas itu menampilkan badan berwarna biru yang menjadi ciri khas jenama Perancis berkenaan. 



Bukan sahaja kereta klasik itu pertama kali diperkenalkan kepada dunia dalam biru, kilang tempat ia dibina di Campagalliano juga dicat dengan warna sama yang kemudian dikenali sebagai “Fabricca Blu”.

Justeru itu, ia adalah warna yang sesuai untuk model moden ini yang berasaskan Bugatti Chiron. Sementara itu, bahagian tayar dipadankan dengan kemasan perak.

“Kami di Bugatti, Molsheim berbangga menyiapkan dan menghantar Centodieci yang pertama—model terbaharu Bugatti,” kata Presiden jenama tersebut, Christophe Piochon.

Centodieci dibina berasaskan EB110 yang berjaya selama 110 tahun dengan reka bentuk dan prestasi luar biasa pada masa sama menghidupkan semula ingatan sejarah jenama itu.

Bahagian dalaman juga memberi penghormatan kepada supercar klasik menerusi tempat duduk kulit yang menampilkan corak seperti papan catur berinspirasikan model terdahulu dan memodenkannya.

Bugatti juga memberikan perhatian yang obsesif terhadap perincian kabin yang mengambil masa 16 minggu untuk disiapkan. Itu termasuk hari yang dikhususkan sepenuhnya untuk memastikan tempat duduk itu sempurna.

Terhad hanya 10 unit, Centodieci laku keras selepas dilancarkan pada Minggu Kereta Monterey (2019,) sempena  ulang tahun ke-110 Ettore Bugatti. 

Bugatti Centodieci menggunakan enjin 8.0 liter W16 yang menghasilkan kuasa 1,578hp dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.4 saat dengan kelajuan maksimum  380kmj.

Jualan harga hypercar itu adalah euro 8 juta (RM36.97 juta) yang mana memasuki barisan pengeluaran suku pertama tahun ini selepas selesai menjalani ujian enduran 50,000km.

VIDEO

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here