Kapal pesiar terbesar dunia Genting dijual secara skrap

2119

Kapal pesiar Genting yang baru dibina bakal dijual untuk diskrap. Kapal seberat 208,000 tan itu di peringkat awal pembinaan ketika syarikat diisytiharkan muflis awal tahun ini.

Memetik pentadbir insolvensi, Christoph Morge, laporan itu mengatakan beberapa sistem dan enjin kapal akan ditanggalkan dan dijual sebelum bahagian badan kapal yang separuh siap itu ditawarkan pada harga murah.



Sebelum ini, kapal tidak dinamakan itu bakal menyertai Global Dream yang mana akan memulakan perkhidmatan pada 2023.

Kapal pesiaran yang mampu memuatkan 5,000 bilik itu dijangka dihantar pada akhir tahun lalu dan kini akan menjadi tumpuan pentadbir insolvensi, tambah laporan itu.

Kapal yang sudah siap hampir 80 peratus  itu diparkir di dok bangunan Wismar MV Werften.

TAN SRI LIM KOK THAY BERMINAT BIDA

Pada bulan Mei, pengendali feri Sweden, Stena Line dilaporkan menarik diri daripada bidaan pengambilalihan atas alasan ketidaktentuan pasaran Asia yang mana Global Dream direka khas untuk operasi benua tersebut. 

Pada masa itu, dua pihak lain dikatakan masih berminat dengan kapal tersebut termasuk Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting.

Sementara itu, kemudahan MV Werften di Wismar dijual kepada ThyssenKrupp Marine Systems dan akan keluar dari perniagaan pembinaan kapal persiaran. 

Bermula tahun depan, pemilik baharu limbungan kapal berkenaan merancang untuk menjadikannya sebagai kemudahan membina kapal selam, korvet dan frigat, menurut sumber industri.

Tanpa rancangan konkrit untuk masa depan, Global Dream boleh ditarik keluar dari dok bangunan itu untuk disiapkan di tempat lain.

Boleh menampung sehingga 9,000 penumpang pada kapasiti penuh, Global Dream dan kapal saudara itu ditetapkan untuk menjadi kapal pesiar terbesar di dunia mengikut kapasiti penumpang.

Kapal itu direka dengan beberapa ciri unik, termasuk taman tema, lapan set eskalator dan Cineplex berbilang teater.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here