Syarikat kapal MV Werften Jerman salahkan Genting Group kerana muflis

2698

Pengeluar kapal pesiar yang berpangkalan di Jerman, MV Werften memfailkan muflis Isnin lalu susulan kesan pandemik.

Anak syarikat pelancongan Asia dan kasino Genting Group itu mengambil langkah sedemikian selepas gagal mendapatkan pembiayaan untuk menyiapkan kapal pesiar mega Global One yang sudahpun 80 peratus dalam pembinaan.



“Petisyen muflis seharusnya dihantar hari ini (kelmarin),” kata jurucakap MV Werften.

Kapal pesiar berkenaan direka dengan kemampuan kapasiti 5,000 penumpang dan 2,500 kabin. Seharusnya kapal tersebut dihantar pada 2021 bagaimanapun ditunda kerana pandemik telah mengganggu pelan pembinaan dan memberi kesan kepada bajet.

“Keputusan pengumuman muflis dibuat selepas perbincangan panjang dengan pegawai di mana kedua-dua pihak jelas tidak menemui titik persamaan,” kata jurucakap syarikat. 

Sementara itu, The Washington Post menjelaskan pihak Jerman menyalahkan keruntuhan syarikat kepada pemilik yang berpangkalan di Malaysia, Genting Group kerana enggan menyumbang kepada pelan jaminan keluar kerajaan. 

Kerajaan Jerman sebelum ini berkata bersedia untuk membincangkan pelan jaminan keluar sebanyak Euro 600 juta (RM2.8 bilion) yang akan melindungi 1,900 pekerjaan.

Tetapi pegawai Jerman menjelaskan pemilik Genting, Tan Sri Lim Kok Thay yang memiliki  saham majoriti menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus kepada usaha menyelamat tersebut.

“Kerajaan Jerman melakukan segala-galanya untuk menyelamatkan MV Werften dan pekerjanya namun pemilik menolak tawaran bantuan kami,” kata Menteri Ekonomi, Robert Habeck. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here