Individu misteri beri Abang Viva Yamaha XJ6 Diversion

4404

Kisah Abang Viva yang dianggap sebagai unsung hero membantu mangsa banjir mendapat pujian rakyat tempatan.

Bahkan usahanya itu juga membuatkan beberapa individu ingin memberi tajaan kenderaan buat Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.



Jika sebelum ini dia menerima trak pikap, terkini Azwan menerima sebuah motosikal Yamaha XJ6 Diversion. Kisah itu dikongsi menerusi akaun Facebook Icity MotoWorld Sdn Bhd dengan kapsyen “Terima Kasih Kepada Abang Viva, Buat Baik Dibalas Baik.”

Menurut rakan media MotoMalaya, motor berkenaan diberikan seorang individu sebagai hadiah kepada Azwan. Di samping itu, Icity Motoworld turut memberikan beberapa aksesori misalnya helmet, jaket dan beg. 

Kisah Abang Viva mendapat perhatian warga tempatan apabila dia antara yang terawal membantu mangsa banjir di Selangor dengan hanya menaiki sebuah Perodua Viva untuk membawa bot. Bahkan sepanjang misi berkenaan dia bermalam dalam bot. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here