Selit sepotong sajak dan penutup muka, penghantar makanan ini terima tips RM8k

1223

Perbuatan yang dilakukan oleh penghantar makanan UberEats ini mungkin kecil namun cukup besar dan dapat membahagiakan orang lain. 

Tracy Ramirez yang merupakan pelanggan UberEats di Texas, Amerika Syarikat terharu apabila dia menerima pesanan makanannya bersama sekeping nota dan beg cenderahati.



Nota tersebut berupa sajak yang ditulis tangan beserta beg cenderahati berisi gula-gula dan pelitup muka.

Ramirez berasa perbuatan itu sangat bermakna lalu memuat naik video di akaun Tiktok @traceyhairstyles bagi mencari pemandu tersebut untuk membalas kembali kebaikannya. 

Video tersebut mendapat lebih sejuta tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen dari orang ramai, malah dia turut berjaya mengumpul tips daripada pengikut laman sosialnya berjumlah  AS2,000 (RM8,388).

Bahkan Ramirez berjaya menjejaki pemandu Uber Eats yang dikenali sebagai Donald  dengan bantuan orang ramai dan menyerahkan tips yang terkumpul.

“Pemandu Uber Eats ini bukan sekadar menghantar makanan tetapi lebih daripada itu,” tulisnya.

@traceyhairstyles

#Helpmefindhim to thank him! I want him to know his actions are appreciated 🥺 Tik Tok do your thing! #tiktokviral #dallastx

♬ Surrender – Natalie Taylor

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here