Pengeluaran Proton X70 dan X50 disambung semula selepas tergendala akibat banjir

1166

Proton mengesahkan pihaknya akan menyambung semula barisan pengeluaran model X70 dan X50.

Makluman itu dimuat naik menenerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi, selepas ia dihentikan sementara akibat banjir besar melanda sebahagian negara pada Disember tahun lalu.



Walaupun kilang pengeluaran Proton tidak terjejas, namun ada sesetengah pembekal yang terbabit berhadapan dengan masalah menghantar bekalan komponen disebabkan bencana tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (CEO) Proton Edar Roslan Abdullah berkata, pihaknya berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kelancaran operasi syarikat itu.

Jelasnya, Proton juga turut membantu kakitangan serta pembekal terjejas akibat banjir bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Kami (Proton) sedang berusaha untuk kembali memproduksi semua model kami dalam masa yang secepat mungkin.

“Bencana ini banyak menjejaskan mata pencarian keluarga dalam komuniti Proton. Kami akan terus menghulurkan bantuan sekadar termampu,” kata Roslan.

Bagi membantu mempercepatkan usaha pemulihan, sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Proton membantu dalam operasi pembersihan di beberapa kemudahan pembekal. Selain itu, Proton turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan memberi diskaun terhadap alat ganti tertentu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here