
Seorang peragut dibelasah teruk orang awam kerana dipercayai meragut beg tangan seorang wanita. Kejadian berlaku di Mount Austin, Johor Bahru ketika mangsa berjalan menyeberangi jalan.
Suspek yang membonceng motosikal itu secara tiba-tiba datang dan meragut beg mangsa, tetapi diselamatkan oleh ‘flying kick’ dari seorang pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek berusia 32 tahun diserahkan kepada polis oleh orang awam.
Peragut kena flying kick terus tumbang! terbaik bro!
Posted by DLoyeng BC TV on Tuesday, September 1, 2020
Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek meragut beg tangan wanita berusia 30 tahun namun terjatuh bersama motosikal ditunggangnya.
“Mangsa menjerit meminta bantuan dan seorang anggota penguat kuasa MBJB yang sedang bertugas serta orang awam berjaya menahan suspek.
“Dalam kejadian itu, mangsa calar di lengan kiri manakala suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima maklumat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kes Meragut berdekatan Bank Islam Mount Austin!
1/9/2020 12:45pm) Flying Kick Hero Malaysia… padu!!! Kes Meragut berlaku berdekatan Bank Islam Mount Austin Johor Bahru!Seorang wanita (mangsa) telah diserang semasa menyeberangi jalan raya di Bank Islam berdekatan dengan Bank Islam Mount Austin.Peragut yang menunggang motorsikal telah membuat percubaan meragut beg tangan wanita tersebut tetapi malang tidak berbau, dia telah terjatuh di atas lantai semasa cuba melarikan diri.Perompak tersebut telah berjaya ditahan atas bantuan beberapa orang sekeliling, dan kes telah ditangani kepada pihak polis.Video CCTV: https://www.facebook.com/BrainlinkMalaysia/videos/356402768712185.Pengajaran buat peragut-peragut tegar di luar sana.Syabas kepada yang membantu!
Posted by Brainlink Malaysia on Tuesday, September 1, 2020
Mohd Padzli berkata, polis merampas motosikal digunakan suspek, topi keledar dan beg tangan mangsa sebagai barang kes.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan,” katanya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar