Utama Berita Automotif Jeremy Clarkson dedah hidap penyakit kanser prostat

Jeremy Clarkson dedah hidap penyakit kanser prostat

7

Selebriti dan bekas pengacara Top Gear dan The Grand Tour, Jeremy Clarkson mendedahkan beliau disahkan menghidap penyakit kanser. 

Perkara tersebut diumumkan dalam salah satu episod Clarkson’s Farm, apabila beliau memberitau menghidap penyakit yang dianggap agresif. 

Laporan BBC News mendedahkan Clarkson sudah mengetahui diagnosis itu sejak Mei namun tidak jelas bilakah episod tersebut dirakam. 

Bagaimanapun, siri itu dilaporkan menjalani penggambaran pada 2024 dan 2025, menunjukkan Clarkson sudah mengetahuinya sekurang-kurangnya setahun. 

Clarkson menjelaskan, “Saya menghilang… minggu lepas dan saya buat biopsi, dan ia memang kanser.” Beliau kemudian mengesahkan ia adalah kanser prostat, dan sebahagian daripada prostatnya terpaksa dibuang sebagai rawatan.

Episod itu dikatakan berakhir dengan Clarkson menyebut, “Sebahagian rawatan tidak berjalan seperti sepatutnya,” dan “Saya tak tahu apa yang akan berlaku.” Beliau menambah, “Kalau semuanya berjaya, kita jumpa di musim keenam. Kalau tidak, saya takkan ada.”

Walaupun keadaan sebenar Clarkson masih belum diketahui, Prostate Cancer UK mengucapkan terima kasih kerana beliau berkongsi diagnosis itu dan “meningkatkan kesedaran penting kepada jutaan lelaki dan keluarga yang menonton.”

Organisasi itu turut mengingatkan bahawa walaupun Clarkson bernasib baik kerana penyakitnya dikesan awal, lebih 10,000 lelaki di UK setiap tahun dikesan terlalu lewat untuk dirawat sepenuhnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here