Utama Berita Automotif JPJ sita kereta milik individu meninggal dunia dipandu Rohingya

JPJ sita kereta milik individu meninggal dunia dipandu Rohingya

8

Sebuah kenderaan yang dipercayai merupakan harta pusaka milik seorang individu yang telah meninggal dunia disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan dipandu oleh seorang lelaki Rohingya dalam operasi khas Ops PeWA (Pemandu Warga Asing) di KM2 Jalan Guar Nenas–Gurun, Kedah. 

Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati pemandu gagal mengemukakan lesen memandu yang sah.
 
“Lebih mengejutkan, Kia Sephia itu tidak mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan telah tamat tempoh sejak Mac 2023.
 
“Semakan lanjut mendapati pemilik berdaftar kenderaan berkenaan telah meninggal dunia, manakala siasatan awal percaya kenderaan tersebut telah dijual atau diserahkan kepada warga asing tanpa urusan pertukaran hak milik yang sah,” jelasnya.
 
Susulan pelanggaran undang-undang tersebut, pihak berkuasa menyita kenderaan tersebut untuk tindakan lanjut. 
 
JPJ menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras penggunaan kenderaan yang tidak mematuhi peraturan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here