Utama Berita Automotif ATC750 – jentera tunggangan off-road yang sedikit pelik sebab ada tiga roda!

ATC750 – jentera tunggangan off-road yang sedikit pelik sebab ada tiga roda!

7

Kebanyakan jentera kegunaan off-road terdiri daripada motosikal dua roda dan ATV 4-roda. 

ATC750 ini pula muncul untuk mengisi kekosongan antara dua segmen yang disebutkan tadi dengan tetapan tiga-roda. 

Model konsep one-off ini merupakan hasil kerjasama antara Honda Benelux dan pengedar Belgium, Anquety Motor Sport. 

Ia menggunakan asas daripada XL750 Transalp, iaitu motosikal adventure kelas pertengahan yang agak popular pada ketika ini. 

Nama ATC itu sebenarnya merupakan satu penghormatan kepada model tiga roda Honda ATC era 70-an dan 80-an. 

Daripada sudut rekaan, nampak macam XL750 Transalp ini memang direka untuk konfigurasi tiga roda yang radikal.

 

Ia kini menggunakan rekaan lengan ayun baharu lengkap dengan gandar dan dua unit tayar belon di belakang, sementara bahagian depan pula menampilkan skrin penghadang angin yang lebih pendek dan lampu tambahan yang disemak semula. 

Honda XL750 Transalp berkongsi nadi 755 cc yang sama dengan CB750 Hornet, menghasilkan kuasa setinggi 90.5 hp dan 75 Nm. 

Pada EICMA tahun lepas, Honda memperkenalkan model XL750 Transalp (2026) yang kini dilengkapi dengan teknologi inovatif E-Clutch. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here