EICMA 2025: Honda XL750 Transalp (2026) dapat ciri inovatif E-Clutch

4

Bertempat di acara pameran EICMA 2025, Honda memperkenalkan model XL750 Transalp (2026) yang kini dilengkapi dengan teknologi inovatif E-Clutch. 

Untuk makluman, ciri penukaran gear tanpa klac ini telah pun diperkenalkan pada beberapa model seperti CB500 Hornet, CBR500R serta NX500 sebelum ini. 

Digandingkan dengan sistem pendikit Throttle-by-Wire (TBW), ia menawarkan manfaat penukaran gear yang lebih lancar tanpa tersengguk-sengguk, sesuai untuk golongan penunggang baharu. 

Tiada perubahan pada enjin, bermakna nadi 755 cc yang dikongsikan dengan CB750 Hornet itu masih lagi kekal menghasilkan 90.5 hp dan 75 Nm. 

XL750 Transalp ini didatangkan dengan ciri berikut:

  • fork hadapan USD 43 mm Showa (jarak pergerakan roda 200 mm)
  • penyerap hentak Pro-Link Showa (jarak pergerakan roda 190 mm)
  • angkup brek dua omboh dan rotor berkembar 310 mm depan
  • angkup brek omboh tunggal dan rotor 256 mm di belakang
  • empat mod tunggangan (Sport, Standard, Rain, Gravel)
  • empat tahap Engine Power (EP), tiga tahap Engine Brake (EB), dua tahap ABS, dan lima tahap Honda Selectable Torque Control (HSTC)

Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Ross White Tricolour, Matt Ballistic Black Metallic dan Pearl Deep Mud Gray. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here