Utama Berita Automotif CFMoto 500SR (2026) kini hadir dengan sistem ride-by-wire dan klac elektronik

CFMoto 500SR (2026) kini hadir dengan sistem ride-by-wire dan klac elektronik

6

Penggunaan teknologi e-Clutch kini semakin meluas dan sudah mula ditawarkan oleh pengeluar motosikal China.

Terbaharu, CFMoto mengumumkan penawaran teknologi tersebut untuk model sportbike 500SR.

Teknologi ini menggunakan prinsip yang hampir sama seperti E-Clutch Honda, di mana ia membenarkan penunggang untuk menukar gear tanpa perlu menarik klac tangan.

Operasi klac tangan tersebut masih lagi dikekalkan supaya ia boleh dinikmati oleh penunggang bila-bila masa yang diperlukan.

Selain e-Clutch, 500SR kini turut dilengkapi dengan sistem pendikit ride-by-wire.

Dari segi kuasa, CFMoto 500SR masih lagi kekal dengan enjin empat silinder sebaris 499 cc menghasilkan 79 hp pada 12,500 rpm dan tork 49 Nm pada 10,000 rpm.

Dengan bantuan Ram-Air, kuasa tersebut boleh mencecah angka 83 hp.

Buat masa ini, CFMoto 500SR hanya dijual di pasaran China, sementara pasaran lain seperti Australia menerima model kembar 500SR Voom.

Di pasaran Eropah, CFMoto 500SR ini mampu memberikan cabaran kepada model Kawasaki Ninja ZX-4RR.

Selain CFMoto, teknologi klac elektronik ini turut diperkenalkan oleh Benda menerusi cruiser Black Flag 600, dan bakal diperluaskan kepada model yang lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here