
Ducati mendedahkan beberapa perincian ringkas berkenaan jentera adventure DesertX yang bakal dilancarkan pada tahun 2026.
Perubahan yang ketara dibawakan sudah pasti nadi V2 890 cc yang sama digunakan pada model Monster (2026).
Menurut laporan VisorDown, Ducati DesertX V2 ini akan mendarat di Eropah bermula Mei 2026, diikuti pasaran Amerika Syarikat pada bulan Jun, sementara Jepun dan Australia pula pada Ogos 2026.
Dengan enjin baharu itu, DesertX V2 mampu menjana kuasa setinggi 110 hp pada 9,000 rpm dan daya kilas 91.9 Nm pada 7,000 rpm.
Selain itu, DesertX juga bakal mendapat manfaat casis yang lebih ringan, di mana Ducati mendakwa beratnya hanyalah sekitar 206 kg tanpa muatan bahan api.
Keupayaan tunggangan dalam laluan off-road juga turut dipertingkatkan dengan menggunakan suspensi termaju yang menggunakan rekaan serba baharu berbanding model terdahulu..
Ducati juga menjanjikan prestasi yang seimbang antara laluan yang kasar dengan prestasi di atas lebuh raya.
Lebih banyak informasi bakal didedahkan oleh Ducati semasa pelancaran rasmi pada Februari tahun depan.

































