
Melihat Ducati Panigale di depan mata satu yang mengujakan. Mendengar alunan ekzosnya pula mengasyikkan.
Panigale bukan sekadar motosikal beprestasi tinggi tetapi juga objek premium. Status tersebut naik ke aras lebih tinggi apabila dilengkapi aksesori tulen.
Aksesori Ducati Performance bukan hanya untuk nampak cantik atau garang tetapi dibuat untuk mencungkil potensi Panigale.
Ducati faham benar apa yang dimahukan pemilik dan menawarkan pelbagai aksesori untuk digunakan di jalan raya dan dilitar.
Ducati Panigale V4: Lebih Bertenaga, Lebih Ringan
Bagi pemilik Panigale V4 yang ingin meledakkan prestasi maksimum di litar, berikut adalah aksesori utama yang ditawarkan:
Sistem Ekzos Titanium Lengkap (96482351BA):
- Hasil kerjasama Akrapovič dan Ducati.
- Rekaan dua saluran yang keluar di bawah bahagian ekor.
- Meningkatkan penampilan perlumbaan dan prestasi enjin Desmosedici Stradale.
- Peningkatan kuasa kuda: +12 hp (menjadikan jumlah keseluruhan 228 hp).
- Peningkatan tork: +7 Nm (menjadikan jumlah keseluruhan 127.8Nm).
- Pengurangan berat: 6.6 kg, memberi manfaat kepada pengendalian di selekoh dan catatan masa.
- Didatangkan bersama penapis udara poliester dari perlumbaan.
- Dilengkapi pemetaan enjin khusus yang menentukur semula sistem bantuan tunggangan.
Klac Kering STM EVO-SBK (96080032AA):
- Direka untuk meningkatkan prestasi.
- Dibuat daripada aluminium billet.
- Menawarkan fungsi slipper yang lebih berkesan, meningkatkan kelancaran tunggangan semasa fasa pelepasan pendikit.
- Menghasilkan bunyi ikonik.
Penutup Gentian Karbon Klac Terbuka (96981251AA):
- Direka untuk dipasang bersama klac kering STM EVO-SBK.
- Memaksimumkan pengudaraan untuk kegunaan litar.
- Tidak dihomologasi untuk kegunaan jalan raya.
Ducati Performance juga menyediakan pelbagai aksesori lain untuk Panigale V4, yang memberikan penampilan lebih agresif sambil mengurangkan berat.
- Pelindung Penutup Alternator (96914451AA)
- Pelindung Lumpur Hadapan (96981841AA)
- Pelindung Lumpur Belakang (96914441AA)
- Pelindung Tumit (96981851AA)
- Penutup Tangki Bahan Api (96981821AA)
- Winglet (96981831AA)
- Saluran Penyejuk untuk Angkup Brek Hadapan (96981471AA)
Ducati turut menawarkan aksesori yang meningkatkan perlindungan dan estetik yang sesuai untuk tunggangan harian atau di litar.
- Cermin Penghadang Angin lebih besar (97111741AA): Direka untuk memaksimumkan aerodinamik di litar, dan berguna di jalan raya untuk keselesaan perjalanan jarak jauh pada kelajuan lebuh raya.
- Slider Fork (97382021AB)
- Slider Lengan Ayun (97382151AB)
- Penutup Tangki Bahan Api (97780051BA)
- Tuil Brek (96180761AA)
- Tuil Klac (96180771AA)
- Pelindung Tuil Brek Hadapan (96180521A): Komponen penting untuk keselamatan perlumbaan.
Semua aksesori ini dihasilkan dengan kerjasama Rizoma dan dibuat dari aluminium billet teranod.
Ducati Panigale V2: Pakej Sedia Untuk Litar
Bagi Ducati Panigale V2, aksesori utama untuk kegunaan litar adalah:
Sistem Ekzos Titanium Lengkap Termignoni (96482461AA):
- Tidak dihomologasi.
- Rekaan dua saluran ekzos di bawah ekor, dengan peredam bunyi kemasan hitam dan penutup hujung gentian karbon.
- Penjimatan berat: 4.5 kg.
- Peningkatan tork: +4.5Nm.
- Peningkatan kuasa kuda: +5.5 hp.
Perlu digandingkan dengan fairing bawah kanan yang bersesuaian (97181391AA) untuk mengekalkan garisan kemas motosikal.
Untuk memaksimumkan keupayaan Panigale V2 di litar dan menyesuaikan posisi tunggangan, pemilik boleh memasang:
Pemijak Kaki Boleh Laras (96282121AA):
- Dibangunkan oleh Ducati Corse dan Rizoma.
- Diperbuat daripada aluminium billet teranod.
- Menawarkan pelbagai posisi pelarasan.
Perehat kaki, tuil brek belakang, dan tuil gear direka untuk mengurangkan risiko kerosakan sekiranya berlaku gelinciran.
Hendal clip-on (96282141AA):
- Dipasang di bawah triple clamp atas.
- Mempunyai geometri yang dioptimumkan untuk litar.
- Membolehkan kedudukan tunggangan yang lebih agresif.
- Peredam stereng Öhlins boleh laras (96282131AA)
- Fungsi pelarasan komponen ini meningkatkan kestabilan motosikal, terutama ketika menunggang di atas permukaan yang tidak sempurna.
Semua aksesori di atas, serta komponen lain yang diperlukan untuk transformasi Panigale V2 ke spesifikasi litar, juga boleh dibeli sebagai sebahagian daripada pakej Time Attack (97981501AA).
Komponen tambahan berikut juga boleh dibeli secara berasingan:
- Penutup Lubang Bekas Pemegang Plat Lesen (97181301AA)
- Penutup Lubang Bekas Cermin Sisi (97382271AA)
- Pelindung Gentian Karbon untuk Penutup Klac (96982031AA)
- Pelindung Gentian Karbon untuk Penutup Alternator (96982041AA)
Bagi pemilik yang mencari transformasi yang lebih radikal, berikut adalah pilihan yang tersedia:
Set Fairing Litar Lengkap (97181421AA):
- Replika untuk badan standard.
- Tidak dicat.
- Lengkap dengan penyambung yang diperlukan untuk menyahaktifkan lampu hadapan.
Cermin Penghadang Angin Bersaiz Besar (97181411AB):
- Melengkapkan sentuhan perlumbaan.
- Untuk perlindungan aerodinamik yang lebih baik dalam semua keadaan.
Kesemua aksesori yang ditawarkan ini disediakan di laman sesawang Ducati.com.
Pemilik boleh menggunakan konfigurator untuk melengkapi motosikal dengan aksesori yang dimahukan.
Komponen dan pakej yang dipilih boleh dikongsi dengan pengedar Ducati terdekat.