Honda CBR1000RR Fireblade milik Michael Schumacher berjaya dijual, harga lebih RM300k!

547

Awal bulan Julai yang lepas, kami pernah menyiarkan berita di mana sebuah jentera dua roda milik Michael Schumacher akan dilelong kepada pihak yang berminat menerusi laman RM Sotheby’s.

Jentera yang dimaksudkan itu ialah Honda CBR1000RR SC59 Fireblade.

Proses pengubahsuaian daripada spesifikasi jalanan kepada spesifikasi lumba dilakukan oleh Holzhauer Racing Performance (HRP).

Ia menampilkan ciri seperti kawalan cengkaman dan kawalan wheelie yang dikawal oleh ECU, serta perkakasan khas termasuklah kotak udara, penyejuk minyak, quick shifter dan set ekzos Akrapovic Titan.

Lebih menarik, angka perbatuan Fireblade milik Michael Schumacher ini tidak pun sampai 4,000 km!

Pada awalnya, pihak RM Sotheby’s menjangkakan harga lelongan berada dalam julat $30,000-$40,000 (RM127k-RM169k).

Namun disebabkan statusnya yang dipegang, jentera Fireblade ini dikatakan berjaya mencecah $75,000 (RM317k) ketika lelongan dibuat pada 23-30 Julai yang lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here