
Volkswagen Touareg merupakan sebuah crossover mewah saiz pertengahan yang dihasilkan oleh VW sejak tahun 2002 lagi.
Selepas tiga generasi dilancarkan, Volkswagen tidak lagi merancang untuk meneruskan generasi baharu Touareg selepas produksi ditamatkan tahun 2026.
Menurut sumber yang dipetik oleh Autocar, dengan ketiadaan model pengganti Touareg, Volkswagen akan menumpukan perhatian membina portfolio produk yang lebih mampu milik.
Generasi pertama dan kedua Touareg ini pernah menjadi asas untuk produksi model SUV mewah seperti Porsche Cayenne dan Audi Q7.
Platform generasi ketiga pula lebih versatil, di mana selain Porsche Cayenne dan Audi Q7, ia turut digunakan oleh Bentley bagi model Bentayga, dan Lamborghini untuk menghasilkan model paling laris mereka, iaitu Urus.