Utama Berita Automotif Volkswagen ID.3 GTI 2027, model paling berkuasa dalam sejarah GTI!

Volkswagen ID.3 GTI 2027, model paling berkuasa dalam sejarah GTI!

6

Volkswagen memperkenalkan ID.3 GTI baharu dan menariknya berlangsung pada tahun ke-50 GTI. Model elektrik ini menghasilkan 240 kW (326 PS) dan 545 Nm, sekali gus menjadikannya model GTI paling berkuasa yang pernah dihasilkan secara bersiri.

Kuasa dihantar ke gandar belakang dan membolehkan ID.3 GTI memecut 0-100 km/j dalam 5.6 saat. Kelajuan maksimum pula dihadkan secara elektronik kepada 200 km/j.

Model ini mempunyai jarak perjalanan sehingga 601 km. Selain prestasi, ID.3 GTI menawarkan keselesaan perjalanan dan ruang yang fleksibel untuk kegunaan harian.

Dengan gabungan prestasi elektrik, ruang kabin dan ciri GTI, Volkswagen menyifatkan ID.3 GTI sebagai model yang sesuai digunakan sebagai kenderaan harian.

Gayaan ID.3 GTI

Volkswagen ID.3 GTI dan ID.3 GTI

ID.3 GTI berasaskan ID.3 Neo dan menerima beberapa elemen reka bentuk khusus GTI. Berbanding model ID.3 GTX terdahulu, ID.3 GTI kelihatan lebih panjang dan rendah. 

Gayaan hadapan ID.3 GTI mengingatkan kepada ID. Polo GTI yang dilancarkan sebelum ini.

Bahagian hadapan dilengkapi lampu utama LED matriks IQ.LIGHT sebagai kelengkapan standard. 

Di antara lampu utama terdapat jalur cahaya lutsinar dengan logo Volkswagen bercahaya.

Di atas jalur cahaya itu terdapat jalur merah yang diinspirasikan daripada bingkai gril merah Golf GTI pertama pada 1976.

Bampar hadapan menerima elemen LED menegak pada bahagian luar.

Di bawahnya terdapat gril kemasukan udara hitam berkilat dengan corak sarang lebah, iaitu ciri GTI yang direka untuk mengawal suhu kabin dan sistem bateri.

Dua elemen merah turut ditempatkan pada bahagian luar, manakala pemisah hadapan menambah elemen berinspirasikan sukan permotoran.

Sisi dan Roda Wörthersee

Pandangan sisi ID.3 GTI diserlahkan oleh roda aloi 20 inci Wörthersee. Nama tersebut mengambil inspirasi daripada acara pertemuan peminat GTI di Austria.

Perumah cermin sisi dan bahagian sisi bawah badan pula menerima kemasan hitam berkilat.

Bumbung, spoiler bumbung dan pintu but kini menggunakan warna badan, berbanding kemasan hitam pada model terdahulu.

Prestasi dan Pengecasan

Motor elektrik pada gandar belakang menerima tenaga daripada bateri litium-ion berkapasiti bersih 79 kWj.

Sistem pengecasan pantas DC menyokong kuasa sehingga 183 kW. Pengecasan daripada 10 hingga 80 peratus mengambil masa kira-kira 29 minit.

ID.3 GTI turut dilengkapi Launch Control sebagai kelengkapan standard. Sistem ini membantu menyalurkan kuasa ketika pecutan.

Sistem dinamik lain termasuk suspensi sport adaptif DCC, stereng progresif terus dan pusat graviti rendah.

Lima Pilihan Warna

Volkswagen menawarkan lima pilihan warna untuk ID.3 GTI:

  • Tornado Red
  • Moonstone Grey
  • Scale Silver metallic
  • Grenadilla Black metallic
  • Glacier White metallic

Warna Tornado Red dengan kod LY3D mempunyai sejarah dalam keluarga GTI kerana pernah ditawarkan pada versi dipertingkatkan Golf GTI generasi pertama.

Kabin Dengan Identiti GTI

Kabin ID.3 GTI menggunakan tema merah dan hitam dengan panel papan pemuka menerima jalur merah.

Stereng sport pelbagai fungsi pula mempunyai tanda merah pada kedudukan 12.

Kerusi sport premium dan tempat duduk belakang menggunakan corak kotak tartan GTI yang diinspirasikan daripada kerusi Golf GTI pertama pada 1976.

GTI button on the steering wheel to activate the GTI mode.

Kabin turut menerima Digital Cockpit baharu yang lebih besar serta sistem maklumat hibur Innovision dengan skrin sentuh berukuran 12.9 inci.

Di bawah skrin terdapat bar butang untuk fungsi pendingin hawa dan lampu kecemasan. 

Konsol tengah pula mempunyai tombol untuk kawalan kelantangan serta fungsi menukar lagu dan stesen.

Mod GTI dan Launch Control

ID.3 GTI mempunyai mod GTI sebagai kelengkapan standard, selain mod Eco, Comfort, Sport dan Individual.

Mod ini diaktifkan melalui butang GTI bercahaya pada bahagian bawah stereng.

Apabila diaktifkan, tetapan motor elektrik, stereng progresif dan suspensi sukan adaptif DCC ditetapkan kepada tahap sport.

Launch Control juga boleh diaktifkan dalam mod GTI.

Pencahayaan latar kabin bertukar kepada merah, ID. Light berkelip merah dan paparan Digital Cockpit berubah kepada mod GTI.

Paparan kuasa dengan meter kelajuan menjadi elemen utama pada instrumen digital. Pada masa sama, bunyi enjin pembakaran dalaman dimainkan sebagai runut bunyi.

Kelengkapan Pilihan

Antara kelengkapan pilihan untuk ID.3 GTI termasuk bumbung panoramik, fungsi urutan dan memori untuk kerusi sport premium.

Turut ditawarkan sistem audio Harman Kardon 480 watt serta paparan HuD realiti terimbuh, dan pemegang boleh tanggal untuk pembawa basikal di belakang.

Fungsi vehicle-to-load membolehkan ID.3 GTI digunakan untuk mengendalikan atau mengecas peranti lain melalui penyesuai pada antara muka pengecasan.

Fungsi ini turut membolehkan dua basikal elektrik yang dibawa menggunakan pembawa basikal dicas semula.

Sistem bantuan pilihan pula termasuk fungsi memori Park Assist Pro dan Travel Assist generasi terkini.

Travel Assist baharu turut boleh bertindak balas terhadap lampu isyarat. Jika mengesan lampu merah, sistem boleh membrek kenderaan sehingga berhenti.

Jualan pra-pelancaran ID.3 GTI akan bermula pada awal 2027. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here