Utama Berita Automotif Jimat kos, VW bakal tamatkan beberapa model penting

Jimat kos, VW bakal tamatkan beberapa model penting

26

Akhbar Jerman Bild melaporkan Kumpulan Volkswagen merancang untuk mengurangkan sehingga 50% portfolio modelnya menjelang 2030. 

Selain itu, kapasiti produksi tahunan juga akan diturunkan daripada 10 juta kepada sekitar 9 juta unit. 

Antara model yang berpotensi bakal ditamatkan daripada jenama induk ialah plet nama ikonik Jetta dan crossover Taos disebabkan permintaan yang semakin mengecil. 

Beberapa model daripada jenama Porsche juga turut terancam mengikut akhbar Bild. 

Antaranya ialah Taycan yang akan terus ditamatkan tanpa kehadiran model pengganti generasi baharu, diikuti Cayenne Coupe versi enjin pembakaran dalaman. 

Lebih mengejutkan, 718 Boxster/Cayman juga varian ICE yang sebelum ini dirancang untuk dikembalikan semula dalam portfolio model. 

Namun berdasarkan laporan terbaharu, ia juga mungkin akan dibatalkan oleh Porsche

Daripada jenama Audi, dua model crossver iaitu Q5 Sportback dan Q6 E-Tron Sportback juga berada dalam senarai. 

Walaupun kedua-duanya masih lagi bersifat baharu, Audi dijangka tidak akan membangunkan model generasi berikutnya. 

Menariknya, tiada satu pun model daripada jenama Lamborghini dan Bentley tersenarai kerana kedua-dua jenama itu mempunyai margin keuntungan yang tinggi walaupun memiliki portfolio yang kecil. 

Namun begitu, kedua-dua jenama sudah membuat keputusan strategik tersendiri di mana Lamborghini menangguhkan pelancaran EV pertama manakala Bentley membatalkan rancangan untuk menjadi jenama EV penuh menjelang 2035. 

Bugatti juga tidak terlibat kerana sudah berpisah sepenuhnya daripada Kumpulan VW selepas Porsche menjual pegangan dalam Bugatti Rimac. 

Dengan tidak membangunkan model pengganti, Kumpulan VW boleh menjimatkan kos sehingga €6.5 bilion (RM30 bilion) menjelang 2031. 

Angka tersebut hanyalah permulaan kerana pengeluar itu merancang untuk mengurangkan sehingga 50% model. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here