VPCM lancar Touareg R-Line, harga RM469,990

61

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Touareg R-Line pada harga cadangan RM469,990 seunit, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP).

SUV generasi ketiga tersebut dijana oleh enjin 3.0-liter V6 TSI dengan kuasa 340PS dan tork 450Nm bersama transmisi 8-kelajuan automatik dan sistem 4MOTION pintar.

REKAAN LEBIH TAJAM

Penampilan depan Touareg disematkan dengan rekaan baharu gril radiator dan apron depan.



Manakala lampu utama IQ.LIGHT HD MATRIX baharu merupakan sistem pintar yang terdiri daripada lebih 38,000 unit LED mikro interaktif yang menerangi jalan lebih tepat berbanding sebelumnya.

Rekaan belakang yang lebih tajam disematkan dengan lampu jalur LED merentasi pintu but. Kemudian di tengahnya diletakkan Volkswagen berlampu merah yang mana sebelumnya hanya ditawarkan di China dan Amerika.

Penampilan SUV semakin sporty menerusi pakej R-Line yang menggabungkan rim aloi Braga bersaiz 20 inci, kemasan krom serta lencana ‘R’ pada bahagian pintu dan gril depan.

Touareg juga didatangkan dengan Night Vision yang pertama untuk model Volkswagen di Malaysia yang menawarkan pandangan lebih baik pada waktu malam.

Sistem itu menggunakan sensor inframerah di dalam kamera untuk mengesan suhu badan manusia atau haiwan sehingga 130 meter bagi meminimumkan perlanggaran depan.

KABIN INNOVISION

Kabin dengan lima tempat duduk tersebut dilengkapi dengan Innovision Cockpit yang menggabungkan kombinasi intuitif di antara panel paparan digital membentuk ‘rekaan satu skrin’.

Ia terdiri daripada kokpit digital bersaiz 12.3 inci di bahagian pemandu serta skrin sentuh berukuran 15 inci untuk sistem infohibur Discover Pro Max bersama ciri Wireless App-Connect dan pengecasan tanpa wayar.

Hiburan dalam kabin dipertingkatkan dengan sistem bunyi 730W Dynaudio Consequence yang dikuasakan oleh amplifier berkapasiti 80W. Sistem itu terdiri daripada 13 unit pembesar suara dengan sebuah sub-woofer dalam but.

Selain itu, Touareg didatangkan dengan sistem kawalan suhu 4-zon dan kerusi suhu aktif yang cukup bermanfaat ketika musim panas.

CIRI PERALATAN

Demi ketenangan minda pemilik, Volkswagen Touareg disokong oleh teknologi keselamatan termaju IQ.DRIVE merangkumi :

  • Adaptive Cruise Control ACC (dengan Stop& Go)
  • Area View
  • Autonomous Emergency Braking Front Assist
  • Automatic Post-Collision Braking
  • Lane Assist/Lane keeping
  • Park Assist, Side Assist
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Advanced driver attention & drowsiness monitor
  • Sistem Pemantauan Angin Tayar 

Tawaran suspensi udara dengan ciri pelarasan automatik standard mengubahsuai ketinggian kenderaan selari dengan permukaan jalan serta boleh direndahkan 40mm untuk memudahkan urusan memuat dan memunggah barang dari ruang kargo.

SUV itu juga berupaya mengharungi air setinggi 550mm.

WARANTI

Touareg didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu Lapiz Blue, Silicon Gray, Grenadilla Black, Oryx White dan Dolomite Silver.

Touareg R-Line hadir bersama Pakej Jaminan Volkswagen yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here