Kurangkan jumlah SUV masuk bandar, Paris naikkan caj parkir tiga kali ganda

151

Penduduk Paris mengundi untuk menaikkan caj parkir SUV bagi menangani pencemaran udara sekaligus menyasarkan pemandu golongan kaya yang menggunakan kereta bersaiz besar.

Menerusi undian pada hari Ahad yang diawasi oleh ibu kota lain termasuk London, 54.6 peratus menyokong bayaran letak kereta khas SUV tersebut manakala selebihnya menolak.



Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi adalah sekitar 5.7 peratus daripada pengundi berdaftar Paris yang mana lebih rendah daripada yang diharapkan oleh kempen hijau.

Tarif parkir baharu berkuatkuasa pada awal September. Kos tempat letak kereta di atas jalan bagi sebuah SUV atau kereta 4×4 akan meningkat kepada EUR18 (RM92) sejam di pusat bandar Paris dan EUR12 (RM61) sejam di seluruh bandar.

Harga akan dikenakan pada SUV dengan berat lebih daripada 1.6 tan, enjin ICE atau kenderaan hibrid, dan lebih daripada 2-tan untuk kereta elektrik. Langkah itu tidak akan dikenakan kepada parkir penduduk Paris.

Langkah sedemikian bagi mengekang kehadiran SUV di kawasan bandar sebagai “satu bentuk keadilan sosial”.

Matlamat tersebut menyasarkan pemandu kaya dengan kereta berat, besar serta mencemarkan yang masih belum membuat perubahan pada tingkah laku mereka untuk menangani krisis iklim.

SUV semakin popular di Perancis dan menjadi pilihan keluarga khususnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here