TMC lancar dan buka tempahan SUV Century, harga RM792k

427

Toyota Motor Corporation (TMC) baru saja mendedahkan Century baharu dan tempahan dibuka bermula hari ini. 

Di bawah konsep ‘The Chauffeur’, SUV baharu itu sebuah kereta yang ideal buat pemilik yang mempunyai pemandu seperti mana versi sedan. 



SUV Century diijana oleh enjin 3.5 liter V6 plug-in hibrid baharu yang menghasilkan output berkuasa (406hp) dan pemanduan yang senyap.

Ia kemudian dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda E-Four Advanced.

Sistem plug-in hibrid baharu berfungsi sebagai BEV untuk kegunaan harian dan HEV untuk perjalanan jarak jauh sekaligus menjadikannya rangkaian kuasa yang ideal untuk kereta pemandu.

PERTAMA KALI TAWAR MOD KESELESAAN BELAKANG 

Sistem stereng empat roda Dynamic Rear Steering menyediakan pengendalian lancar pada kelajuan rendah dan pengendalian semula jadi pada kelajuan sederhana hingga tinggi.

Mod Keselesaan Belakang ditawarkan buat kali pertama yang mana ia boleh dikawal oleh pemandu bagi memastikan perjalanan yang selesa buat penumpang belakang. 

Selain itu, mod Keselesaan Belakang membantu kawalan brek untuk menahan hentakan atau henjutan apabila kenderaan berhenti.

LUARAN DENGAN LAMBANG PHOENIX

Penampilan luaran SUV yang dipasang di kilang Tahara itu diserlahkan menerusi perincian  lambang phoenix pada gril depan, bampar bawah krom yang bersegi dan kemasan cermin iaitu kilauan mewah yang terhasil daripada penggilapan teliti pada permukaan cat.

Empat set lampu pada bahagian depan dan belakang memberikan penampilan unik dan tersendiri bagi Century.

Versi sedan menampilkan kapasiti lima penumpang manakala SUV Century pula hanya empat penumpang.

Fungsi baring pada tempat duduk belakang membolehkan penumpang rehat dengan selesa termasuklah fungsi penyegaran.

Pintu belakang boleh dibuka dengan sudut 75 darjah dan lantai pemijak kaki boleh lipat memudahkan urusan keluar dan masuk.

SUV Century memiliki panjang 5,205 mm, lebar (1,990 mm) dan tinggi (1,805 mm) serta jarak roda 2,950 mm.

TMC Jepun menyasarkan jualan 30 unit sebulan bagi model Century dan harga jualan adalah JYP 25 juta (RM792,849).

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here