Dua kenderaan tebakar selepas terlibat kemalangan di MEX

642
Dua kenderaan musnah terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), pagi tadi.
 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.10 pagi tadi.

“Seramai 14 anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dan BBP Sri Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kebakaran membabitkan dua kenderaan berpunca akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Menurutnya, kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu adalah kenderaan Nissan X-Trail dan Perodua Myvi, yang terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota bertugas beberapa minit kemudian dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.

“Operasi seterusnya diserahkan kepada pihak penyelenggara lebuh raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here