Pelanggan Tesla Model Y boleh tukar tempahan kepada Model 3, perlu patuhi 5-syarat ini…

281

Baru-baru ini, Tesla Malaysia membuka tempahan Model 3 ke pasaran tempatan yang mana penghantaran kumpulan pertama dijangkakan hujung  tahun ini.

Bagaimanapun, Tesla membuka peluang kepada pelanggan Model Y yang ingin menukar tempahan mereka kepada Model 3. 



Pelanggan SUV itu boleh membatalkan tempahan dan yuran tempahan bagi Model Y itu akan dikembalikan untuk digunakan bagi tempahan Model 3 pada atau sebelum 15 September.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah e-mail butiran nombor rujukan tempahan Model Y dan Model 3 ke malaysia@tesla.com.

Bagi membolehkan anda mendapatkan bayaran semula tempahan Model Y haruslah mematuhi syarat di bawah:

  • Tempahan Model Y dilakukan sebelum 1 September 2023
  • Sudahpun membuat tempahan Model 3
  • Kedua-dua tempahan Model Y dan Model 3 adalah di bawah Akaun Tesla yang sama dan disahkan melalui alamat e-mel yang sama
  • Kedua-dua pesanan mestilah dibuat di Malaysia
  • Permohonan bayaran balik mesti dihantar kepada Tesla sebelum 15 Sep 2023 dan hanya akan diproses sekali

Sebaik sahaja permintaan diluluskan, ia mengambil masa sehingga 30 hari bekerja untuk permohonan tertera pada penyata kad kredit pemilik. 

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh hubungi Tesla Malaysia di 1800810655.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here