Logo R baharu Volkswagen untuk model berprestasi tinggi

2277

Kira-kira sebulan yang lalu, Volkswagen telah memperkenalkan logo baharu dan sekarang beberapa logo lain syarikat itu sedang diubahsuai. Logo yang paling menarik ialah logo ‘R’ yang melambangkan sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk memberi isyarat permulaan baru bagi model berprestasi tinggi.

Menurut Volkswagen, logo R baharu Volkswagen itu lebih ‘moden, berbeza dan anggun’ daripada logo yang biasa dilihat pada Golf R atau model berprestasi tinggi terdahulu seperti Sciricco R, Passat R36 atau Touareg R50. 



Volswagen kini mempunyai dua model logo ‘R’ dalam portfolio globalnya, iaitu Golf R dan T-Roc R. Dua model itu akan dinaik taraf kepada generasi baharu pada tahun 2020. Ia akan memberi saingan sengit kepada Audi SQ2 dan BMW X2 M35i dengan adanya 300hp, pacuan semua-roda 4MOTION dan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan DSG.

Terdapat laporan mengenai penambahan model ‘R’ iaitu memasukkan Arteon R dan juga Touareg R, tetapi khabar angin tersebut belum disahkan lagi. Jentera berprestasi tinggi itu dikatakan akan menggunakan enjin VR turbo yang baru dengan menyalurkan lebih daripada 400hp, tetapi tidak ada pengumuman rasmi dari Volkswagen pada ketika ini.

Berbalik kepada logo yang direka baharu itu, Volkswagen juga membuat beberapa perubahan pada logo R-line. Ia akan diperkenalkan pada 11 Oktober ini dengan penampilan pertama menerusi model Atlas Cross Sport R-Line di Amerika Syarikat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here