Kia Sportage Mk4 dinobat kereta terbaik di UK

1987

Kia Sportage yang bernilai £20,000 (RM103,064), dimana harga ‘second-hand‘ boleh dibeli dengan harga sekitar £8,000 (RM41,225), menerima penarafan tertinggi daripada mereka yang telah menggunakannya.

Menurut tinjauan, 15,301 pemandu kereta di UK yang dikatakan memberi penarafan tertinggi terhadap model tersebut.



Daripada 10 kereta kegemaran teratas dengan skor tertinggi daripada pemandu, lapan daripadanya dibina oleh jenama Korea atau Jepun dan hanya satu kereta dikeluarkan daripada pengeluar UK.

Pemilik kenderaan diminta memberikan maklum balas mereka terhadap kereta antara 2 hingga 10 tahun.

Tinjauan itu meminta pemilik memberikan maklum balas mengenai pengalaman mereka dengan kenderaan berumur antara dua dan 10 tahun. Setiap kereta dinilai 31 poin yang meliputi setiap aspek membabitkan kualiti, kebolehgunaan, prestasi dan kos pemilikan mereka.

Generasi keempat Kia Sportage, yang merupakan SUV bersaiz sederhana, menerima penafaran 92.78 peratus secara keseluruhan.

10 kereta terpakai lain mengikut turutan:

1. Kia Sportage Mk4 (2015-sekarang)

Harga dari £8,000 (RM41,131)
Penilaian pengguna: 92.78%

2. Toyota Prius Mk4 (2015-sekarang)

Harga dari £13,900 (RM71,466)
Penilaian pengguna: 92.76%

3. Kia Sorento Mk4 (2015-sekarang)

Harga dari £14,500 (RM74,551)
Penilaian pengguna: 91.49%

4. Lexus RX Mk4 (2015-sekarang)

Harga dari £23,500 (RM120,824)
Penilaian pengguna: 91.46%

5. Skoda Superb Mk3 (2015-sekarang)

Harga dari £6,000 (RM30,849)
Penilaian pengguna: 91.42%

6. Lexus IS Mk3 (2013-sekarang)

Harga dari £8,700 (RM44,731)
Penilaian pengguna: 91.40%

7. Jaguar XF Mk1 (2008-2015)

Harga dari £2,800 (RM14,396)
Penilaian pengguna: 91.11%

8. Lexus RX Mk3 (2009-2015)

Harga dari £8,200 (RM42,160)
Penilaian Pengguna 90.53%

9. Toyota RAV4 Mk4 (2012-2018)

Harga dari £8,000 (RM41,131)
Penilaian Pengguna: 89.83%

10. Lexus NX Mk1 (2015-sekarang)

Harga dari £14,700 (RM75,579)
Penilaian pengguna: 89.71%

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here