Tergamak jual anak demi memiliki kereta idaman

198

Seorang ibu di North Carolina tergamak jual anak untuk mendapatkan sebuah kereta idamannya. Alice Leann Todd, 45, didakwa menjual, menyerahkan diri, atau menjual kanak-kanak yang menyalahi undang-undang selepas penyiasat mendapati wanita itu memberikan anaknya yang berusia 1 tahun kepada pasangan sebagai pertukaran kepada Plymouth Laser tahun 1992.

Plymouth Laser tahun 1992

Tina Marie Chavis, 47, dan Vicenio Mendoza Romero, 53, yang mengambil kanak-kanak itu sebagai pertukaran juga menghadapi pertuduhan yang sama.

Polis berkata mereka membuka siasatan kes apabila Chavis membawa kanak-kanak berusia 2 tahun itu ke hospital pada bulan Julai kerana dia fikir kanak-kanak itu mengalami alergik. Kakitangan di hospital mendapati anak kecil itu mengalami kesan lebam dan menghubungi perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dan polis.

Tina Chavis, Alice Leann Todd dan Vicencio Romero.

Apabila disoal, Chavis pada mulanya mendakwa bahawa kanak-kanak itu merupakan darah dagingnya, kemudian mengatakan bahawa dia adalah ibu angkat kepada kanak-kanak itu, kata polis. Tetapi dia tidak dapat menunjukkan sebarang dokumentasi yang mengesahkan kenyataan itu.

Siasatan dilakukan dan akhirnya mendapati seorang ibu tergamak jual anak demi mendapatkan pertukaraan untuk sebuah kenderaan pada tahun sebelumnya.

Todd, Chavis dan Romero semuanya ditahan dan dikenakan ikat jamin sebanyak US$50,000 (RM209,758) di penjara Davidson County, kira-kira 60 batu di utara Charlotte. Mereka dijangka dibicarakan di mahkamah pada 21 Oktober.

 

Komen anda mungkin membantu