Hafizh sah sertai Moto2 Angel Nieto

465

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah sah beraksi di saingan Moto2 musim tahun depan bersama pasukan Angel Nieto.

Hafizh yang masih berbaki beberapa perlumbaan MotoGP bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3, bakal bergandingan bersama pelumba Sepanyol, Aron Canet pada musim depan.

Moto2 sebenarnya sudah sebati dengan Hafizh apabila pernah beraksi pada musim 2014 dengan pencapaian terbaiknya berada di kelompok 10 terbaik pada musim 2016 dan 2017.

Berikutan kebolehannya, dia kemudian beraksi dalam kelas perdana, MotoGP bersama Monster Yamaha Tech 3 pada tahun lalu sebelum bersama Red Bull KTM Tech 3 musim ini.

Hafizh membuat pengumuman berhubung masa depannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Komen anda mungkin membantu