BMW X2 kini dengan rupa lebih agresif

980

BMW X2 kini hadir dengan rupa yang lebih agresif dan lebih sporty berbanding saingannya yang lain.

Ia merupakan jentera yang selesa dan seronok untuk dipandu, tidak hairanlah AC Schnitzer bina versi yang lebih menarik dari segi reka bentuknya.



Sebagai permulaan, X2 hadir dengan spring yang direndahkan kira-kira satu inci berbanding model terdahulu.

Ia juga hadir dengan apron dan splitter yang baharu di bahagian hadapan yang menyumbang kepada rupa yang lebih agresif dan berani.

Tayar yang dibina oleh AC Schnitzer ini pula hadir dalam pakej yang berukuran 19-inci dan 20-inci.

Saiz yang berbeza juga disediakan dengan kelebaran getah 225mm namun anda pasti mahukan tayar yang berukuran 245mm. Ia merupakan saiz yang padan bagi kereta sekecil X2.

Walaupun AC Schnitzer tidak menawarkan sistem penuh ekzos catback, namun ia hadir dengan pilihan ekzos hitam atau krom.

Talaan untuk naik taraf enjin AC Schnitzer hanya boleh dilakukan kepada enjin diesel di negara Eropah. Enjinnya boleh ditala daripada 190hp kepada 222hp.

Namun tidak begitu banyak perubahan bagi reka bentuk dalamannya. Ia hanya menerima sedikit tambahan aluminium di beberapa tempat di bahagian dalaman kereta.

Perubahan ketara hanyalah pada bahagian luaran BMW X2 ini yang menjadikan ia jentera yang sangat sporty untuk dimiliki.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here