Pemuda dengan Bentley Flying Spur, netizen lebih teruja bila ‘dengar’ jenama Zaitun

888

Konsep video pendek “What Do You Do For Living?” dimulakan oleh seorang pemuda bernama Daniel Macdonald dari Amerika Syarikat di TikTok.

Lelaki berusia 23 tahun itu bertanya kepada individu tidak dikenali yang memandu kenderaan mewah mahupun supercar dengan soalan mudah apakah pekerjaan anda.

Konsep itu turut diikuti TikToker lain misalnya @koocester dari Singapura. Pemilik akaun TikTok tersebut sedang bercuti di Malaysia dan mengambil peluang merakamkan konten videonya. 

Bagaimanapun, salah satu videonya mencuri perhatian netizen apabila dia bertemu dengan seorang pemuda yang memandu sebuah Bentley Flying Spur.

Jom Baca:   Dua Toyota Alphard guna nombor plat 'fancy' nama isteri MIRA dan DINA ditahan

“Saya bekerja di syarikat pengilangan ubat gigi. Awak pernah dengar Zaitun?” kata Mustakim Teh.

@koocester

THIS is actually the First EVER Bentley I’ve asked and we became friends after. Is there a better word to describe cool? Because that’s him! Such an awesome owner, Mustakim Teh! Also, looking forward to film more Malaysians.. Loving it! Checkout the Instagram!

♬ original sound – Koocester – Koocester

Video tersebut mencuri perhatian netizen tempatan bukanlah kerana kereta sebaliknya jenama Zaitun tersebut. Ini kerana ada yang menyangka jenama berkenaan sudah lenyap di pasaran. 

Kemudian, @koocester bertanya kepada pemuda itu apakah nasihat kewangan terbaik. 

“Anda perlu laburkan duit. Laburkan duit di mana-mana. Pelbagaikan instrumen pelaburan, seperti hartanah,” jawabmya.

Berdasarkan carian Motoqar di media sosial, tidak banyak informasi yang boleh diperoleh tentang pemuda berkenaan namun berdasarkan perkongsian di Facebook Mustakim Teh,  dia juga memiliki beberapa unit model Bentley lain termasuklah sebuah Audi R8.

Untuk makluman Bentley Flying Spur model 2021 dijual pada harga bermula RM839,000 (tidak termasuk cukai, pilihan tambahan dan pendaftaran).

Flying Spur dijana oleh enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 yang menghasilkan kuasa 542hp dan tork 770Nm.  Pecutan dari 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.1 saat dengan kelajuan maksimum 318kmj. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi dual klac 8-kelajuan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here