Pemandu bas ditumbuk gara-gara suruh penumpang pakai penutup muka

836

Pemandu bas SBS Transit ditumbuk pada bahagian muka selepas meminta penumpang memakai penutup muka ketika berada di dalam bas.

Akibatnya, pemandu yang dikenali sebagai Adib, 57 mengalami kecederaan pada bahagian muka termasuk kemungkinan patah tulang hidung.



Menerusi laman Facebook SBS Transit, pemandu bas nombor 154 itu diserang secara fizikal ketika sedang bertugas.

“Dia beritahu seorang penumpang untuk memakai topeng bagi keselamatan penumpang lain tetapi menerima tumbukan di mukanya,” kata syarikat berkenaan.

Penumpang tersebut menaiki bas di hentian Sims Avenue berhampiran Geylang Serai dan  dua penumpang lain membantu meleraikan pergaduhan serta menahan suspek sehingga polis tiba.

Pihak berkuasa Singapura memaklumkan menerima laporan tentang serangan tersebut di  409 Jalan Eunos 2 pada 13 November jam 7:04 malam.

Seorang lelaki berusia 65 tahun ditahan dan pemandu bas dalam keadaan sedar ketika dihantar ke hospital.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here