Pemandu treler maut kemalangan libatkan tujuh kenderaan

514

Seorang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk dua treler dan sebuah ambulans di KM381.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) awal pagi tadi di Slim River.  

Mangsa pemandu treler dikenalpasti sebagai Mohd Khairuddin Md Taharim, 44 dari Bukit Beruntung, Rawang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata kemalangan tengah malam itu melibatkan dua treler, dua lori, Nissan X-Trail, Proton Iriz dan sebuah ambulans.

Siasatan mendapati pemandu treler dari arah Ipoh menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum melanggar sebuah treler lain lalu terbabas ke bahu jalan.

Jom Baca:   Tengah selamatkan kereta hanyut banjir, muncul ular python....

“Nissan X-Trail yang datang dari arah sama berjaya membrek namun kemudian dirempuh Proton Iriz dari belakang.

“Kemudian treler lain yang datang dari arah sama tidak dapat mengelak dan melanggar beberapa kon yang diletakkan di bahu jalan sebelum melanggar ambulan, Nissan X-Trail, sebuah lori dan treler yang terbabas ke bahu jalan,” katanya. 

Susulan kejadian itu, sebuah lagi lori berpusing menghalang laluan tengah dan kanan, manakala treler sebelum itu membelok ke tepi menghalang laluan kiri dan bahu jalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom Baca:   Minat motor sejak bujang walaupun berniqab bukan penghalang ride Kawasaki Z800

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, terdapat mangsa tersepit di tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan.

“Satu alat khas dan dua kren telah dihantar untuk mengeluarkan mayat mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menambah operasi tamat pada jam 4.05 pagi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here