Utama Berita Automotif Selepas lapan tahun, mahkamah Belanda putuskan MH17 ditembak peluru berpandu Rusia

Selepas lapan tahun, mahkamah Belanda putuskan MH17 ditembak peluru berpandu Rusia

590
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia yang disasarkan dari sebuah ladang berhampiran di Pervomaisk yang terletak di timur Ukraine.
 
MH17 ditembak jatuh akibat tembakan peluru berpandu BUK dari (sebuah ladang berhampiran Pervomaisk) sekali gus mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal,” kata Ketua Hakim, Hendrik Steenhuis pada perbicaraan di Mahkamah The Hague.
 
 
Mahkamah diberitahu, kapal terbang itu ditembak menggunakan peluru berpandu yang dibekalkan Moscow.
 
Sehubungan dengan insiden itu, warga Rusia Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan warga Ukraine Leonid Kharchenko diberkas pada 2020.
 
Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan dengan tuduhan membunuh dan menyebabkan pesawat tersebut terhempas.
 
Namun, keempat-empat suspek terbabit masih bebas dan enggan menghadiri perbicaraan selama 30 bulan di Belanda.
 
Lapan tahun selepas kejadian itu, wilayah di mana MH17 terhempas telah menjadi salah satu medan tempur utama dalam pencerobohan Rusia di Ukraine. Moscow bagaimanapun sebelum ini menafikan semua penglibatan mereka.
 
Semasa perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwa amat bergantung pada panggilan telefon yang dipintas dan data telefon mudah alih yang didakwa mengesan suspek berhampiran tapak pelancaran atau di pusat membuat keputusan.
 
Bahan forensik termasuk serpihan yang ditemui dalam mayat mangsa dipetik bagi membuktikan ia adalah peluru berpandu BUK.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here