Utama Berita Automotif Taktik cermin gelap kantoi, warga asing ditahan JPJ Kedah

Taktik cermin gelap kantoi, warga asing ditahan JPJ Kedah

7

Tindakan seorang pemandu warga asing (Pewa) memasang cermin gelap dengan harapan dapat mengelak daripada dikesan pihak berkuasa akhirnya memakan diri apabila kenderaannya ditahan dalam Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah di Jalan Gelong, Jitra, Jumaat lalu. 

Dalam operasi tersebut, pihak JPJ bertindak menahan kenderaan terbabit selepas didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati pemandu didapati tidak memiliki lesen memandu Malaysia yang sah.

“Turut berada dalam kenderaan itu beberapa rakannya yang dipercayai dalam perjalanan untuk menziarahi kenalan sempena sambutan Aidiladha.
 
“Susulan kesalahan yang dilakukan, kenderaan terbabit telah disita untuk tindakan lanjut. JPJ Negeri Kedah dalam satu kenyataan tegas memaklumkan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
 

Langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin, selain memastikan setiap individu mematuhi undang-undang jalan raya tanpa sebarang kompromi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here