Utama Berita Automotif JPJ kesan bas persiaran dalam keadaan tidak memuaskan

JPJ kesan bas persiaran dalam keadaan tidak memuaskan

4
Sebuah bas persiaran dikesan berada dalam keadaan tidak memuaskan dari segi penyelenggaraan dalam satu pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sungai Petani, Kedah di Terminal Bas Ekspres Ukir Square, pada Khamis.
 
Pemeriksaan sekitar jam 9.50 malam itu dijalankan sempena Ops Hari Raya Puasa bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan perkhidmatan awam sentiasa terjamin.
 
Menurut kenyataan media, hasil pemeriksaan mendapati bas milik sebuah syarikat pelancongan mempunyai beberapa komponen yang tidak diselenggara dengan baik, termasuk pintu kecemasan yang boleh menjejaskan keselamatan penumpang, khususnya penumpang yang duduk berhampiran kawasan tersebut.
 
“Susulan itu, tindakan tegas telah diambil terhadap pemilik kenderaan dan bas berkenaan turut dikenakan notis larangan penggunaan bagi tujuan tindakan lanjut.
 
“JPJ menegaskan bahawa aspek penyelenggaraan kenderaan, terutama melibatkan pengangkutan penumpang, tidak boleh dipandang ringan demi keselamatan semua pihak,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here