Michael Schumacher: Nadi jantung aku mungkin bawah 100, tak pernah cemas tekan minyak sampai lantai

8263

Michael Schumacher sentiasa melenjan keretanya tanpa had bahkan pelumba legenda itu tidak pernah berasa cemas ketika memandu kereta lumba Formula Satu (F1).

Michael Schumacher begitu dikenali sebagai individu yang tenang ketika berdepan tekanan bahkan sangat sedikit melakukan kesilapan walaupun penting diri ketika berada di trek.



Bahkan, mantan pelumba F1 itu begitu dikenali dengan gaya pengendalian unik yang mana menekan lebih laju ketika menghampiri selekoh dan memecut ketika keluar selekoh.

Bahkan, beliau juga hampir tidak pernah mengangkat kakinya daripada pedal minyak untuk mendapatkan lebih banyak oversteer (belok lebih). Pelumba Jerman itu mendapat rentak dengan gaya pemanduan agresif.

“Apabila anda memandu dengan laju dan dapat mengawal pada had itu, adalah perasaan terbaik,” katanya ketika memandu Ferrari FXX di litar TopGear.

Schumacher berkata memandu FXX berasa lebih baik daripada memandu kereta F1 kerana FXX mempunyai keseimbangan yang baik dan menyeronokkan untuk memandu berbanding kereta lumba F1 yang mempunyai masalah keseimbangan dan kadangkala tidak begitu selesa untuk dipandu. 

Michael Schumacher akan sentiasa menjadi salah seorang pemandu terhebat yang memegang hampir semua rekod pada masa itu.

Pemandu Jerman itu memenangi tujuh kejuaraan dunia F1 dan dianggap sebagai salah seorang pemandu F1 terhebat pernah ada. Beliau memenangi dua gelaran pertamanya bersama Benetton pada 1994 dan 1995.

Selepas itu, Schumacher berpindah ke pasukan Ferrari yang kemudian bergelut pada 1996. Pada tahun 1997 dan 1998, Schumacher tewas pada perlumbaan terakhir musim tersebut.

Tetapi Schumacher dan Ferrari kemudiannya memenangi lima kejuaraan berturut-turut dari 2000 hingga 2004. Tempoh ini dianggap sebagai salah satu tempoh yang paling dominan dalam sukan pemotoran ketika itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here