Himpunan Lamborghini terbesar Jun ini, bakal pecah rekod terdahulu

1236

Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) bakal memecahkan Malaysia Book of Record (MBOR)yang dilakukan pada sembilan tahun lalu dengan menyasarkan himpunan hampir 100 supercar jenama itu pada 11 Jun ini.

Untuk makluman, pada sembilan tahun lalu kira-kira 77 Lamborghini berhimpun di Kuala Lumpur sekali gus mencatatkan jumlah penyertaan Lamborghini terbanyak dalam sesuatu acara dalam MBOR.

Namun untuk rekod baharu, perhimpunan terbesar itu bakal diadakan di kawasan parkir terbuka Mandarian Oriental, KLCC  pada 11 Jun ini bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan menyasarkan bilangan melebihi 77 unit berbanding sebelum ini.



Acara itu bukan sahaja mahu mencipta rekod baharu, tetapi mengumpulkan dana hampir RM40,000 untuk disumbangkan kepada empat badan amal.

Presiden LOM, Datuk Roslan Rosdi berkata, memandangkan semua boleh berkumpul dengan selamat, pihaknya mahu meraikan keseronokan pemanduan yang santai, selain memecahkan rekod dicatatkan sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur LOM, Datuk Rakesh Sachdev berkata, selepas pihaknya berjaya memecahkan rekod terdahulu, ahli LOM akan menuju ke Chateau Bukit Tinggi untuk majlis makan malam di sana.

Buat peminat jenama Lamborghini, jangan lepaskan peluang  untuk menyaksikan barisan model klasik dan model terhad seperti Gallardo MLE, Huracan Spyder, Urus dan Aventador SVJ yang dijangka hadir pada acara berkenaan.

Galeri Lamborghini

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here