Triumph Tiger 1200 baharu harga bermula RM115K – Tawar 2 varian dan ini perbezaannya

814

Triumph Motorcycles Malaysia melancarkan motosikal adventure baharunya menerusi Tiger 1200 yang ditawarkan dengan dua varian iaitu GT Pro dan Rally Explorer.

Kehadirannya melengkapkan lagi barisan jentera Triumph Tiger di negara ini, selain Tiger Sport 660, Tiger 850 dan Tiger 900.

Tiger 1200 termasuk varian GT Pro dan Rally Explorer dibangunkan sepenuhnya untuk menjadi jentera paling lincah serta berkuasa buat peminat motosikal adventure.



Ia kini lebih ringan 25 kilogram (kg) berbanding model terdahulu dan 17 lebih ringan daripada pesaing terdekatnya. Bagi melengkapkan transformasi itu, jentera terbabit dilengkapi sistem pacuan shaft ringan serta mudah diselenggara berbanding rantai.

Prestasinya dijana dengan enjin tiga silinder T-Plane generasi baharu bersesaran 1,160cc penyejuk cecair yang kini menyalurkan output 150PS pada 9,000rpm iaitu naik 9PS berbanding rangkaian kuasa sebelum ini. Torknya juga bertambah 8Nm menjadikan 130Nm pada 7,000rpm. 

Kuasa itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan manual dengan pacuan Shaft Drive. Ia juga dilengkapi dengan Triumph Shift Assist.

Kedua-dua model itu menggunakan fork Showa 49mm semi-active yang peredam secara automatik diubah mengikut berat penunggang serta pembonceng. Belakang pula dilengkapi monoshock Showa yang diletak pada lengan ayun ‘Tri-Link’ aluminium.

Kedua-dua varian itu menggunakan lampu hadapan dan belakang LED, selain turut dilengkapi lampu selekoh. 

Bagi meter instrumen pula, kedua-dua model itu dilengkapi dengan meter TFT bersaiz 7 inci yang boleh disambung dengan Sistem Triumph Connectivity. 

Perbezaanya pula bagi kedua-dua varian itu, anda boleh dilihat dijadual di bawah:

  GT Pro Rally Explorer
Berat 245kg 261kg
Ketinggian Tempat Duduk 850-870mm 875-895mm
Rim/tayar Depan
  • Rim aluminium 19 inci 
  • 120/70R19 (Metzeler Tourance)
  • Rim lidi tuleless 21 inci 
  • 90/90R21 (Metzeler Karoo Street)
Rim/tayar Belakang
  • Rim aluminium 18 inci
  • 150/70R18 (Metzeler Tourance)
  • Rim lidi tubeless 18 inci
  • 150/70R18 (Metzeler Karoo Street)
Tangki Minyak 20 liter 30 liter
Mod Tunggang
  • Road
  • Rain
  • Sport
  • Rider-Configurable
  • Off-Road
  • Road
  • Rain
  • Sport
  • Rider-Configurable
  • Off-Road
  • Off-Road Pro

Teknologi/Pakej Aksesori

 

 
  • Sistem Radar Titik Buta
  • Sistem Monitor Tekanan Tayar
  • Pemanas tempat duduk penunggang dan pembonceng
  • Palang pelindung enjin
  • Palang pelindung tangki minyak

Harga Bermula

RM115,900 RM130,900

 

Bagi memberi ketenangan minda, kedua-dua varian itu ditawarkan dengan tiga tahun waranti tanpa had perbatuan. Servis penyelenggaraannya pula hanya setiap 16,000km atau setahun.

Galeri Triumph Tiger 1200 GT Pro

Galeri Triumph Tiger 1200 Rally Explorer

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here