Triumph Street Triple Moto2™ Limited Edition, rai peranan pembekal enjin Moto2, 1 ribu unit sahaja!

6

Triumph Motorcycles memperkenalkan Street Triple Moto2™ Limited Edition bagi meraikan perananannya sebagai pembekal enjin eksklusif Kejohanan Dunia FIM Moto2™. 

Motosikal eksklusif ini terhad kepada hanya 1,000 unit di seluruh dunia dan sesuai untuk dijadikan objek simpanan.

Enjin dan Prestasi

Moto2™ Edition dikuasakan enjin tiga silinder 765cc yang telah diuji dalam perlumbaan, menjanjikan prestasi yang mendebarkan di jalan raya dan litar.

  • Enjin: Tiga silinder 765cc.
  • Kuasa Puncak: 130 ps pada 12,000 rpm.
  • Tork Maksimum: 80Nm pada 9,500 rpm.
  • Transmisi: Kotak gear 6-kelajuan dengan klac slip & assist dan Triumph Shift Assist untuk penukaran gear yang lancar.
  • Prestasi Litar: Enjin ini telah terbukti di peringkat Moto2™, mencatatkan kelajuan tertinggi 300 km/j dan 76 rekod pusingan perlumbaan.

Casis, Komponen Gred Litar dan Dimensi

Model ini menampilkan casis yang direka untuk ketepatan pengendalian, disokong oleh komponen premium:

  • Suspensi Laras Penuh: Suspensi hadapan Öhlins NIX30 dan belakang Öhlins STX40 yang boleh dilaras penuh, memberikan kawalan luar biasa.

  • Brek: Angkup Brembo Stylema empat omboh berkembar dipadankan dengan cakera terapung 310 mm, bersama silinder induk radial Brembo MCS.

  • Ergonomik: Hendal clip-on direka untuk posisi menunggang yang agresif dan rendah, membantu penunggang untuk beraksi di litar dengan lebih bersemangat.

  • Spesifikasi Fizikal: Berat basah 188 kg, ketinggian tempat duduk 839 mm, dan kapasiti tangki 15 liter.

Eksklusiviti dan Reka Bentuk Moto2™

Setiap Moto2™ Edition mempunyai perincian reka bentuk yang menonjolkan kaitan dan nilai koleksinya yang terhad:

  • Edisi Terhad: Hanya 1,000 unit di seluruh dunia, setiap unit dinomborkan secara individu pada top yoke yang dimesin daripada bilet

  • Bahan Ringan: Menggunakan komponen gentian karbon, termasuk panel sisi, belly pan, pelindung lumpur hadapan dan penutup hujung penyenyap.

  • Skema Warna: Badan berwarna Mineral Grey dan Crystal White, diserlahkan subrangka belakang Triumph Performance Yellow yang terang dan jalur roda yang sepadan.

Teknologi Fokus Penunggang

  • Skrin: Paparan TFT 5 inci penuh warna yang intuitif.

  • Skrin Permulaan Eksklusif: Memaparkan animasi permulaan Moto2™

  • Ciri Keselamatan Litar: Dilengkapi dengan mod ABS Track khusus, Optimised Cornering ABSdan Kawalan Cengkaman.

Harga

Street Triple Moto2™ Limited Edition ditawarkan pada harga £14,495 (RM 78,693.30) di United Kingdom.

Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula dari April 2026.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here