Polis sita 22 motosikal roda tiga warga Rohingya

2490
Pihak berkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Utara menyita 22 buah motosikal roda tiga dalam operasi khas yang dijalankan semalam.
 
Motosikal berkenaan diubahsuai dan ditunggang warga asing Rohingya dan pihak polis mendapati penunggang membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula dan menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
 
 
Dalam operasi tersebut, sebanyak 54 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal yang melibatkan:
  • 22 saman di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu
  • 10 saman mengikut Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada perlindungan insurans kenderaan
  • 22 saman dikeluarkan mengikut peraturan 34 LN 170/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana ubahsuai struktur kenderaan
Pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya dan mengelakkan sebarang risiko kemalangan jalan raya yang boleh meragut nyawa.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here