Perodua Alza (2022) bakal lancar 26 Jun depan?

58298

Seorang pengguna Facebook berkongsi informasi di grup Perodua Alza (2022) tentang pembukaan tempahan MPV berkenaan.

Sebelum ini, Motoqar ada berkongsi berita tersebut yang dikongsi oleh pengguna Facebook Ong Wanqiu.
 
Hasil tinjauan kami, pengguna Facebook tersebut turut berkongsi pilihan warna dan spesifikasi tidak rasmi yang bakal ditawarkan pada model MPV Perodua berkenaan. 

TIGA PILIHAN VARIAN & ANGGARAN HARGA

  • Perodua Alza 1.5L X CVT (RM69k)
  • Perodua Alza 1.5L H CVT (RM74k)
  • Perodua Alza 1.5L AV CVT (RM 80k)

PILIHAN WARNA

  • Ivory White
  • Glittering Silver
  • Garnet Red
  • Vintage Brown
  • Elegant Black

Seorang lagi pengguna Facebook Keith Lau turut berkongsi andaian bahawa Alza bakal dilancarkan pada 26 Jun akan datang. Namun, kesahihan informasi ini masih belum dapat dipastikan.
 
Ini kerana Perodua menutup rapat informasi mahupun pelancaran setiap model baharu mereka. 
 
Sementara itu, pengguna Facebook bernama Granco Chai berkongsi sudah menempah model berkenaan tetapi belum mendapat kepastian berkaitan tempoh menunggu penghantaran MPV berkenaan. 
 
Dia yang tidak tergesa-gesa untuk memiliki Alza itu hanya berharap dapat menerima MPV berkenaan sekitar tahun ini.
 
“Sekarang keadaannya begini, Alza baharu akan diberikan kepada pelanggan yang menempah Alza lama pada Mac, dan seterusnya kepada pelanggan menempah Alza baharu, jadi pesan awal dan berpeluang dapat awal,” tulisnya di ruangan komen.
 
 
Sebelum ini, Motoqar ada melaporkan tentang Alza bakal menggunakan enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT. Sementara, Indonesia masih menawarkan transmisi manual 5-kelajuan bersama pilihan CVT pada Xenia.
 

Kemungkinan MPV tersebut menggunakan enjin daripada Avanza 1.5 liter NA Dual VVT-i empat-silinder dengan kuasa 106PS @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.



Sumber kami juga menjelaskan penampilan Alza lebih mirip dengan reka bentuk Daihatsu Xenia manakala bentangan papan pemuka tidak jauh berbeza dengan Perodua Ativa.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

2 KOMEN

  1. Tak launch lagi dah berani amik order siap harga lagi… rakyat malaysia ni taksub betul. Jadilah pengguna bijak… akad juad beli semakin dipinggirkan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here