Utama Berita Automotif ZXMoto dedah enjin boxer 1,000 cc untuk cabar BMW Motorrad

ZXMoto dedah enjin boxer 1,000 cc untuk cabar BMW Motorrad

6

Jenama motosikal China, ZXMoto kini berpotensi untuk mencabar segmen motosikal adventure menerusi pengenalan enjin boxer bersesaran 1,000 cc. 

Dipamerkan di acara CIMA 2026, pengasasnya Zhang Xue menunjukkan enjin tersebut kelihatan berfungsi sepenuhnya, lengkap dengan sistem penyejukan serta cam chain-drive yang sama seperti nadi boxer BMW Motorrad terkini. 

Sama seperti BMW, enjin baharu ZXMoto ini menggunakan susunan membujur (longitudinal) dengan aci output di bahagian belakang yang sememangnya direka untuk sistem pacuan aci (shaft drive), salah satu ciri yang sinonim dengan sport-tourer dan adventure jenama Jerman tersebut. 

Enjin boxer 1,000 cc ZXMoto itu mampu menghasilkan kuasa melebihi 100 hp. 

Itu bukanlah persoalannya, akan tetapi tahap kepantasan ZXMoto membangunkan enjin serba baharu ini dalam tempoh masa yang agak singkat. 

Untuk info, ZXMoto ditubuhkan pada tahun 2024, dan setahun kemudian mereka sudah tampil di EICMA 2025, menceburkan diri dalam sukan permotoran dan memenangni WorldSSP sambil memperkenalkan enjin dan teknologi baharu. 

 

Dua tahun selepas itu, ZXMoto kini mempunyai enjin boxer bersesaran tinggi. 

Kehadiran enjin serba baharu ini memungkinkan ZXMoto memperluaskan lagi portfolio produk sedia ada, di mana mereka boleh menghasilkan model sport-tourer, jentera jalanan atau naked berprestasi tinggi. 

Yang pasti, BMW Motorrad kini tidak boleh berdiam diri. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here