
Bertempat di EICMA 2025, ZXMoto memperlihatkan sebuah konsep yang dinamakan sebagai 820 ADV.
Model tersebut membawakan layangan warna pasir, lengkap dengan perkakasan seperti kotak storan, crash bar dan aksesori yang biasa digunakan pada jentera adventure.
Kini, ZXMoto telah menerima pensijilan jenis kenderaan (VTA) di China yang mendedahkan model tersebut kini sedia untuk diproduksikan.
Menariknya, model yang kini digelar 820 X itu membawakan sedikit perubahan di mana versi produksi sebenar menampilkan perumah lampu berkembar, berbanding unit lampu bertindih pada model konsep.
Selain itu, ia turut mendapat struktur tangki yang disemak semula, mudguard hadapan yang berbeza serta pelindung tangan baharu.
Selain itu, struktur kerangka, sub-rangka, komponen suspensi dan brek masih lagi mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model pameran.
820 ADV dikuasakan oleh enjin tiga-silinder 818 cc menghasilkan kuasa sekitar 117 hp pada 11,000 rpm dan 85 Nm pada 9,000 rpm.
Antara kelengkapan lain termasuklah ciri kawalan jelajah adaptif, suspensi elektronik, E-clutch, serta kamera perakam tunggangan depan dan belakang.
Ia turut mendapat rim bersaiz 19 inci depan/17 inci belakang, skrin paparan TFT, sistem pemantauan tekanan tayar dan quickshifter.
Menurut laporan, harga jualan cadangan bagi model ZXMoto 820 ADV ini bermula sekitar RM29 ribu di pasaran China.
Model ini bakal dipamerkan secara rasmi di EICMA pada November 2026.







