[Video] Pemuda kejar Mercedes klasik, tengah rakam terkejut rupanya kereta Tok Mat

4376

Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000 menghimpunkan peminat kereta klasik dengan lebih daripada 150,000 ahli. 

Baru-baru ini seorang pengikut berkongsi satu video yang menunjukkan dia terserempak dengan sebuah kereta Mercedes-Benz dipercayai model R107 di sebuah jalan raya.



Tertarik dengan kereta tersebut, mereka kemudian mengejar untuk merakam kereta sports klasik berkenaan. 

Namun sebaik beriringan, mereka terkejut apabila melihat pemandunya ialah mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat. 

Menerusi klip video berdurasi 17 saat tersebut, Tokmat yang sememangnya dikagumi ramai dilihat tersenyum apabila menyedari dirinya dirakam. 

Sebelum menceburi bidang politik, Tok Mat pernah memegang beberapa jawatan tertinggi di pelbagai syarikat korporat, salah satunya Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat pengedar rasmi kereta buatan Jerman, Mercedes-Benz selama 10 tahun (1994-2004).

VIDEO

BACA>>Proton Saga Iswara (1994) ditemui dalam bangsal terbiar di UK

BACA>>174 kenderaan klasik penuh debu milik ahli perniagaan misteri dilelong

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here