Proton Saga Iswara (1994) ditemui dalam bangsal terbiar di UK

2867

Proton menjadi lambang kebanggaan negara sejak era 80-an yang mana model Proton Saga pertama dilancarkan pada 1985 dan mula dieksport ke pasaran luar negara khususnya United Kingdom (UK) pada 1989.

Baru-baru ini, Matt Richardson dari akaun YouTube Furious Driving menunjukkan penemuannya dengan sebuah Proton Iswara (1994) yang masih dalam keadaan baik setelah terbiar dalam sebuah bangsal sejak 10 tahun lalu. 



Difahamkan Matt yang mewakili salah seorang lagi YouTuber, Stephanie Holloway datang untuk melihat kereta tersebut selepas pemilik asal ingin menjualnya. 

Sedan tersebut disimpan dalam sebuah bangsal tanpa terdedah kepada cahaya, hujan mahupun salji sepanjang 10 tahun. Model khas untuk pasaran UK itu hanya merekodkan perbatuan sejauh 17,259km walaupun sudah 27 tahun.

Perkongsian Youtuber tersebut menarik perhatian peminat kereta klasik daripada seluruh dunia. Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi mereka yang pernah menaiki atau memiliki kereta Proton.

“Semua orang di Malaysia kini sedang cemburu dengan saya,” kata Stephanie setelah mengetahui keadaan kereta berkenaan.

Selain itu, dia juga merancang untuk membaik pulih beberapa bahagian bagi memastikan keadaan kereta tersebut sama seperti baharu.

Tidak diketahui alasan kereta tersebut dibiarkan begitu lama di dalam bangsal malah hampir dihantar untuk disekerap. Namun, salah seorang ahli keluarga tersebut memberi cadangan agar menjual Iswara itu kepada peminat kereta klasik.

BACA>>Tular lelaki Turki dengan Proton Wira, netizen tak mahu kalah campak belakang kereta masing-masing

BACA>>Proton Saga Black Knight Edition (1989) muncul juara Festival of the Unexceptional, Britain

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here