Insiden kemalangan e-Palette, CEO Toyota persoal signifikan sistem pemanduan autonomi di jalan raya biasa

1280

Toyota merupakan penaja utama dan bertanggungjawab menyediakan pengangkutan e-Palette, iaitu sebuah ‘bas kecil’ berkuasa elektrik dengan teknologi pemanduan autonomi pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. 

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda melahirkan rasa bimbang dan bertanggungjawab selepas insiden kemalangan melibatkan e-Palette yang melanggar seorang atlit Paralimpik baru-baru ini.
 
“Saya tidak fikir ia satu langkah yang realistik untuk membenarkan kereta pemanduan autonomi bergerak secara normal di atas jalan raya biasa,” kata Akio Toyoda.
 
Pada masa sama, Akio Toyoda turut mempersoalkan tindakan pengeluar yang berlumba-lumba untuk membangun dan menghasilkan kenderaan sistem autonomi tahap lima. 
 
“Terdapat tekanan untuk menjadi pengeluar pertama yang mampu menghasilkan kereta autonomi penuh tahap lima, namun ingin saya tegaskan bahawa kita tidak patut mengikut langkah tersebut,” jelasnya. 
 
 

Susulan insiden tersebut, Toyota segera menyiasat dan bertindak dengan membuat beberapa perubahan seperti menempatkan pemandu gantian di setiap e-Palette selain menambah bilangan petugas di setiap persimpangan perkampungan Olimpik. 



Sebelum ini, Akio Toyoda turut merasa kesal selepas didakwa Jepun akan kehabisan elektrik pada musim panas jika semua penduduk menggunakan kereta elektrik. 

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Akio Toyoda memberi pandangan kritikal, namun ia merupakan salah satu perkembangan penting dalam industri automotif khususnya di negara tersebut.

BACA>> Ini 3 fakta ringkas bas mini Toyota e-Palette Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (2020)

BACA>>Sasar pengeluaran kenderaan elektrik tiga tahun lagi, Xiaomi beli syarikat teknologi pemanduan autonomi

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here