Messi dominasi senarai atlet miliki koleksi kereta termahal dengan nilai keseluruhan RM161 juta

885

Bintang Argentina, Lionel Messi meninggalkan tim bola sepak Barcelona dan mengikat kontrak selama dua tahun bersama pasukan Paris Saint-Germain (PSG) dengan gaji bersih AS 25 juta (RM123 juta) setahun.

Seperti mana kita tahu Messi merupakan pemain dengan gaji tertinggi di Barcelona, jadi bukan perkara mengejutkan dia memiliki koleksi kereta termahal di dunia.

Messi dianggarkan memiliki 13 buah kereta termahal dengan nilai keseluruhan sekitar AS28 juta (RM161 juta). Salah satu model yang dibeli Messi ialah supercar rare Ferrari 335 S Spider Scaglietti 1957 yang hanya ada empat unit di dunia berharga AS 25 juta (RM143 juta). 

Berdasarkan senarai individu terkaya (2021) keluaran majalah Forbes, Messi berada di tangga pertama senarai atlet yang memiliki koleksi kereta termahal, sekaligus mendahului Cristiano Ronaldo di tangga kedua.

Cristiano Ronaldo memiliki 19 koleksi kereta super mewah dengan nilai keseluruhan lebih daripada AS18 juta (RM103 juta) dan diikuti bintang F1, Lewis Hamilton dengan sembilan buah kereta bernilai pound sterling 12.4 juta (RM71.26 juta).

Selain itu, peninju Saul ‘Canelo’ Alvarez dan rakan sepasukan kelab Messi di PSG, Neymar melengkapkan senarai lima bintang sukan teratas yang mempunyai koleksi kereta termahal. 

BACA>>Lionel Messi pemilik Ferrari 335 S Spider Scaglietti yang rare ini? Betul ke?

BACA>>3 kereta super rare pernah dimiliki Lionel Messi ketika bersama Barcelona

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here