Lionel Messi pemilik Ferrari 335 S Spider Scaglietti yang rare ini? Betul ke?

4798

Bintang bola sepak dari Argentina, Lionel Messi tidak terlalu sensasi terutama berkaitan dengan kehidupan peribadi dan kekayaannya. Walau bagaimanapun, salah satu perkara yang menjadi perhatian masyarakat ketika ini ialah koleksi kereta yang dimilikinya. 

lionel messi

Di dalam garajnya, Lionel Messi memiliki Toyota Prius, iaitu hadiah dari pengeluar kenderaan dari Jepun tersebut kepada bintang bola sepak terkemuka di dunia ini.



Namun, Messi secara diam-diam menyukai kereta sport, selaras dengan kepantasan dan kelincahan permainannya di padang. Dia sangat menyukai reka bentuk Audi R8 sehingga memiliki dua buah jentera dari model tersebut. Salah satunya ialah versi V10.

Kereta yang dihasilkan oleh Maserati juga termasuk dalam koleksinya iaitu model GranTurismo S.

Selain itu, banyak cerita yang tersebar mengatakan bahawa Messi memiliki satu-satunya Ferrari 335 S Spider Scaglietti keluaran tahun 1957 yang pernah dipandu oleh Stirling Moss di Grand Prix Cuba.

Kereta lumba yang ikonik ini dijual dengan harga USD29,296,800 (RM127 juta) dalam acara lelongan pada tahun 2016. Ini menjadikannya kereta paling mahal di dunia dan dilaporkan pembeli misteri itu adalah Messi.

Berkaitan dengan berita tersebut, superstar Barcelona tersebut tidak pernah mengesahkan atau menafikannya. Namun, jika ia benar-benar berada di tangan bintang bola sepak tersebut, sudah pasti harganya akan melambung tinggi jika ingin dijual atau dilelong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here