PKPB: Mercedes-Benz Malaysia kembali beroperasi dengan SOP lebih ketat, perkenal Virtual Showroom

150

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan Mercedes-Benz Services Malaysia kini kembali beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang lebih ketat.

Norma baharu ini dijalankan oleh syarikat itu dengan kelonggaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh kerajaan Malaysia.

CEO dan Presiden MBM, Dr Claus Weidner berkata: “Di samping kami menyesuaikan diri dengan norma baharu, kami akan memperkenalkan banyak pendekatan digital dalam perniagaan, pertamanya ialah bilik pameran maya Mercedes.

“Pelanggan kini boleh melihat kenderaan yang mereka mahukan dari rumah, dan merasai pengalaman pandu uji maya.”

Maklumat lain oleh MBM dan Mercedes-Benz Services Malaysia termasuklah:

  1. Bilik pameran seluruh negara akan dibuka dengan kebenaran kerajaan
  2. Servis rutin dan penyelenggaran di wakil pengedar akan beroperasi dengan SOP ketat. Pelanggan boleh mula buat temujanji di www.mercedes-benz.com.my/servicebooking.
  3. Pelanggan yang perlu kenderaan mereka diservis antara 18 Mac hingga 12 Mei 2020 mempunyai masa lanjutan 60 hari dari 12 Mei 2020.
  4. Baikpulih di bawah waranti/jaminan untuk kenderaan yang tamat pada 18 Mac hingga 30 Jun 2020 juga akan diberi masa lanjutan 60 hari selepas 30 Jun 2020.
  5. Kilang pemasangan kenderaan CKD di Pekan, Pahang kembali beroperasi bermula 13 Mei 2020.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-80088-1133 atau layari www.mercedes-benz.com.my. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here