Covid-19: Suami isteri jarak jauh boleh mohon rentas negeri

1847

Berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerkan Bersyarat (PKPB), suami isteri yang berada dalam jarak yang jauh boleh mengemukakan permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapat kebenaran rentas negeri.

suami isteri jarak jauh rentas negeri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu hanya diberikan kepada pasangan yang berjauhan kerana bekerja di dua negeri berbeza.



Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri untuk suami isteri yang berada dalam jarak yang jauh pulang ke pangkuan keluarga masing-masing hanya terhad kepada sekali seminggu.

“Contohnya, suami di Johor Bharu manakala isteri berada di Melaka, justeru mereka ini terpisah kerana tuntutan kerja.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah umum mereka ini boleh merentas negeri, kita setuju tetapi hanya boleh balik sekali seminggu untuk jumpa pasangan dan anak-anak.

“Mereka bagaimanapun perlu melaporkan hasrat berkenaan kepada PDRM untuk diberikan kebenaran merentas negeri,” katanya 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here