Pelumba Wild Card MotoGP 2020 secara rasmi digugurkan, Jorge Lorenzo batal hasrat untuk berlumba

1752

Berita buruk untuk Jorge Lorenzo, kerana pelumba Wild Card di MotoGP 2020 telah digugurkan secara rasmi. Dorna Sports sebagai penganjur MotoGP mengugurkan pelumba Wild Card untuk mengurangkan jumlah individu yang terlibat dalam pertandingan, baik di litar atau di paddock.

Sebelum ini, Jorge Lorenzo mengambil posisi sebagai pelumba Wild Card bersama pasukan  Yamaha di MotoGP Catalunya 2020.



Namun, MotoGP Catalunya 2020 yang pada awalnya diadakan pada 7 Jun 2020 telah ditunda.

“Sayang sekali, kerana saya mahu berlumba lagi dengan Yamaha di Montmelò dan saya tidak akan dapat melakukannya,” kata Jorge Lorenzo.

“Sudah tentu, saya juga mahu melakukannya dalam keadaan baik,” sambungnya.

Juara dunia lima kali itu akur dengan keputusan yang diambil oleh Dorna Sports, tetapi dia sangat kecewa kerana tidak dapat beraksi.

pelumba wild card digugurkan

“Tujuan saya adalah untuk membantu Yamaha dengan sesi hampir empat hari berturut-turut,” kata Lorenzo.

“Jadi itu memberi mereka semua maklumat berkenaan jentera yang diperlukan,” lanjutnya.

“Selain itu, akan mengecewakan untuk berlumba tanpa penonton, bahkan jika saya akan melakukannya dalam keadaan baik,” tambahnya.

“Saya harus bercakap dengan Yamaha untuk melihat apakah kita akan terus bekerjasama dalam pasukan ujian,” kata Lorenzo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here